Empat pegawai kanan PDRM bertukar  - Utusan Malaysia

Empat pegawai kanan PDRM bertukar 

ASMAWATI Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat empat pegawai kanannya berkuat kuasa 1 September depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran pangkat melibatkan Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) Kementerian Dalam Negeri, Deputi Komisioner Sapiai @ Shafien Mamat sebagai Ketua Polis Kelantan baharu.

Kata beliau, jawatan Sapiai @ Shafien akan digantikan oleh Datuk Khalil Azlan Chik yang kini memegang jawatan Senior Asisten Komisioner Modenisasi Pengurusan Organisasi Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman yang dinaikkan pangkat kepada Deputi Komisioner.

“Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob pula dilantik Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

“Ketua Cawangan Khas Daerah Bau, Deputi Superintenden Damataries Lautin ditukarkan sebagai Ketua Polis Daerah Lundu, Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya