Duit ASB suri rumah RM40,000 lesap - Utusan Malaysia

Duit ASB suri rumah RM40,000 lesap

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang suri rumah di Bentong dekat sini terpaksa ‘berputih mata’ apabila duit simpanannya dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) lesap ditipu sindiket macau scam yang menyamar sebagai anggota polis. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada Selasa lalu, mangsa berusia 64 tahun menerima panggilan telefon dari seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Sarjan Fairul dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Jelasnya, Sarjan Fairul memberitahu mangsa terlibat dengan pengubahan wang haram dan ingin tahu jumlah wang simpanan di bank yang dimiliki oleh suri rumah berkenaan. 

“Mangsa memberitahu jumlah wang simpanan dalam akaun ASB sebanyak RM40,000 dan selepas itu suspek meminta mangsa memindahkan kesemua wang simpanan ke dalam akaun sementara bagi tujuan audit.

“Pada Khamis lalu, mangsa memasukkan RM40,000 ke akaun bank yang diberikan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Mohd. Wazir, selepas memasukkan wang tersebut, mangsa sedar telah ditipu setelah meceritakan tentang perkara itu kepada anaknya.

Katanya, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.