Di mana Rosmah? - Utusan Malaysia

Di mana Rosmah?

SUASANA di luar rumah Najib Tun Razak di Langgak Tunku Off Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kelibat isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak kelihatan sejak pagi tadi menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Meskipun suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berhadapan saat paling sukar, namun bekas Perdana Menteri itu hanya ditemani pengiring serta pemimpin UMNO di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi di sini.

Utusan Malaysia sejak pagi tadi cuba menjejaki Rosmah namun gagal, malah pengawal di kediamannya menjelaskan isteri Ahli Parlimen Pekan itu tidak mahu diganggu buat masa ini.

Setiausaha Akhbar Najib, Datuk Rozilan Salleh turut menegaskan perkara yang sama.

“Datin Seri memang tidak mahu diganggu setakat ini, mungkin ambil masa, semua tunggu keputusan petang nanti sahaja, ” katanya kepada Utusan Malaysia.

Suasana di pekarangan rumah Najib setakat ini masih lengang berikutan tumpuan semua pihak kepada pendengaran hujah pasukan pembelaan untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukuman Najib.

Rayuan itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya