Pemasangan rasuk jambatan: Lencongan di Lebuhraya Utara Selatan dari Yong Peng ke Senai

Pemasangan rasuk jambatan: Lencongan di Lebuhraya Utara Selatan dari Yong Peng (utara) ke Senai (utara)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Projek Pembinaan Lorong Tambahan  Lebuhraya Utara-Selatan dari Yong Peng (Utara) ke Senai (Utara) sedang giat dijalankan dalam  usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna pada masa yang akan datang. Kerja-kerja  pelebaran ini turut membabitkan jambatan-jambatan yang merentangi kawasan lebuh raya di  laluan Kulai-Sedenak.  

Sehubungan dengan itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa lencongan  jalan secara berperingkat akan dilaksanakan di laluan Kulai-Sedenak bermula 8 Disember  hingga 11 Disember 2025 bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan  dijalankan dengan selamat seperti berikut:-  

Lokasi Arah Masa  

KM37.6 – KM37.7  Arah Utara & Selatan  10 malam – 5 pagi 

Ketika kerja-kerja tersebut dijalankan, kenderaan akan dilencongkan ke laluan paling kanan bagi  mewujudkan zon kerja yang selamat di samping meminimumkan gangguan trafik kepada  pengguna lebuh raya.  

Justeru, pengguna lebuh raya disarankan supaya merancang perjalanan mereka dengan  menggunakan aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini. Pengguna juga  diingatkan supaya mematuhi semua papan tanda dan arahan yang dikeluarkan oleh petugas  PLUS ketika melalui kawasan kerja-kerja pembinaan tersebut.  

Untuk maklumat trafik semasa dan bantuan, pengguna boleh merujuk kepada Pembantu Maya  PUTRI, aplikasi X@plustrafik atau paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih, atau  menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya berlaku kecemasan.  

PLUS menghargai kesabaran dan kerjasama semua pengguna lebuh raya sepanjang tempoh  pelaksanaan kerja-kerja ini dijalankan demi keselamatan, keselesaan dan kemudahan semua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN