IOI City Mall dan Astro satukan Malaysia dalam Sambutan Tahun Baharu

IOI City Mall dan Astro satukan Malaysia dalam Sambutan Tahun Baharu

ioi city mall
IOI City Mall bakal menyemarakkan malam Tahun Baharu dengan Konsert Countdown KITA 2026 yang berkonsepkan street-style dan penuh bertenaga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: IOI City Mall bakal menyemarakkan malam Tahun Baharu dengan Konsert Countdown KITA 2026 yang berkonsepkan street-style dan penuh bertenaga.

Konsert ini bakal menampilkan barisan artis popular, zon interaktif untuk peminat, diikuti pertunjukan bunga api yang bakal menerangi langit Putrajaya tepat jam 12 tengah malam!

Tahun ini, IOI City Mall bekerjasama dengan Astro untuk menghasilkan sebuah ekstravaganza hiburan yang imersif, menampilkan bintang-bintang ternama tanah air termasuk Ella, Alleycats, Faizal Tahir, Amir Masdi, Hael Husaini, Nadeera, ALPHA, KLP48, Darkkey, Geraldine Gan, Nicole Lai, serta barisan bakat kegemaran ramai daripada program popular Astro seperti Gegar Vaganza, Raise The Star Malaysia dan Aattam.

“Malam Tahun Baharu merupakan detik untuk seluruh rakyat Malaysia bersatu. Melalui Astro KITA, kami ingin meraikan perpaduan, kepelbagaian serta kisah-kisah yang menyatukan kita semua.

“Konsert tahun ini menghimpunkan barisan artis yang terbaik dalam dunia hiburan Malaysia bagi bersama menyambut 2026 dengan penuh gaya.”,” kata Ketua Pegawai Operasi Pelaburan Hartanah (Malaysia), IOI Properties, Chris Chong,

Malam Perpaduan Malaysia

Acara hiburan kiraan detik 2026 akan bermula seawal jam 4 petang. Dikendalikan oleh penyampai ERA, Haziq Hussni, acara ini bakal menghangatkan suasana dengan persembahan dinamik yang merangkumi muzik, komedi dan aktiviti interaktif termasuk cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah lumayan menanti pemenang.

Kemuncak segmen pra-konsert akan menampilkan kumpulan idola Malaysia KLP48 yang akan menghangatkan suasana dengan persembahan yang penuh bertenaga. Turut serta memeriahkan acara malam tersebut ialah Iaman, Saputra & Naqiu dari The Chosen One XTRA, serta artis kegemaran penonton daripada program-program seperti Astro Star Quest, Gegar Vaganza, Talk to My Manager, Big Stage (Tamil) dan Aattam.

Tepat pukul 10 malam, Konsert Countdown KITA 2026 akan menggegarkan pentas utama IOI City Mall untuk menyambut 2026 dengan penuh gaya.

Dihoskan oleh pelawak dan penghibur Nabil Ahmad, personaliti radio dan TV Yoon Ng serta hos rancangan bual bicara Revathy Mariappan, penonton bakal disajikan dengan adunan dinamik hiburan, komedi dan persembahan secara langsung yang bertenaga.

Selaras dengan misi teras KITA, malam ini akan meraikan semangat perpaduan, kepelbagaian, dan naratif bersama rakyat Malaysia. Acara gilang-gemilang ini menampilkan barisan artis-artis popular negara yang pasti membuat penonton menyanyi, menari, dan mencipta memori indah sepanjang sambutan tahun baharu.

Konsert Countdown KITA 2026 bakal membuka tirainya dengan persembahan bertenaga yang tinggi daripada barisan artis hebat dari Sing It Out Loud 2024, termasuk JunJun, juara musim tersebut yang terkenal dengan persembahan yang penuh penghayatan dan emosi.

Bagi menambah keterujaan, pemuzik Tamil terkenal, Darkkey Nagaraja, akan menyampaikan sebuah lagu yang menyentuh jiwa iaitu “AK The Tiger,” runut bunyi Tamil bagi filem Good Bad Ugly.

Seterusnya, penyanyi dan komposer Faizal Tahir akan tampil dengan rangkaian lagu-lagu hits yang bertenaga, bergandingan dengan Nicole Lai dan Ruhan Ravindran untuk persembahan khas lagu ikonik Gemuruh, sekali gus meraikan semangat kebersamaan rakyat Malaysia.

Ikon Rock

Ikon rock legenda Alleycats pula bakal menghiburkan peminat dengan lagu-lagu klasik malar segar yang terus digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Malam akan terus bersinar dengan persembahan daripada sensasi muzik Malaysia seperti ALPHA, Amir Masdi, Geraldine Gan, Nadeera, Hael Husaini dan tidak ketinggalan Ratu Rock legenda – Ella.

Gandingan kesemua artis ini menonjolkan bakat, perpaduan, dan kreativiti terbaik Malaysia, di samping memastikan penonton kekal bertenaga dan teruja sehingga ke waktu kiraan detik.

Tepat pukul 12 tengah malam, langit Putrajaya bakal disemarakkan dengan kilauan dan dentuman  bunga api selama 10 minit 1 saat, mencipta detik ikonik IOI yang dikongsi bersama semua ketika tahun 2026 bermula.

Dengan kerjasama ini, IOI City Mall bersama Astro menjanjikan satu sambutan Tahun Baharu yang meriah dan berwarna-warni.

Acara ini turut melambangkan keharmonian dan kepelbagaian masyarakat Malaysia dengan hiburan untuk semua lapisan masyarakat!

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Konsert Countdown KITA 2026 pada 31 Disember 2025, bermula seawal jam 4 petang di Symphony East, IOI City Mall, Putrajaya. Untuk maklumat terkini, sila ikuti IOI City Mall di Instagram @ioicitymallmy dan Facebook IOI City Mall. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN