ECRL sediakan kemudahan surau yang selesa untuk penumpang

Tren ECRL sediakan kemudahan surau yang selesa untuk penumpang

Kemudahan bilik solat dalam tren ECRL yang bakal beroperasi pada 2027 yang siap dilengkapi tempat berwuduk.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Projek Laluan  Rel Pantai Timur (ECRL), yang akan beroperasi pada tahun 2027 akan turut menawarkan kemudahan surau yang selesa dalam kocnya.

Berdasarkan kenyataan terkini yang dikeluarkan oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd  (CCCECRL) tren pertama ECRL itu kini sedang dalam perjalanan ke Malaysia dari Pelabuhan Dalian di China.

Penghantaran pertama merangkumi dua set Electric Multiple Units (EMU) dan dua lokomotif elektrik (E-Loco),

EMU pula direka dengan mengambil kira keselesaan penumpang, menawarkan kabin kelas  perniagaan dan ekonomi serta kemudahan untuk kerusi roda.

Salah satu ciri yang disediakan dalam EMU untuk kemudahan penumpang ialah bilik solat  bagi penumpang beragama Islam dengan tempat wuduk.

ecrl
UNIT elektrik pelbagai (EMU) train ECRL, yang direka untuk kelajuan sehingga 160 km/j dan dilengkapi dengan sistem onboard canggih, dilihat di landasan di China sebelum penghantarannya dari Pelabuhan Dalian ke Pelabuhan Kuantan.

Selain itu turut perkhidmatan penyediaan air  panas untuk minuman di samping menawarkan kabin kelas  perniagaan dan ekonomi serta kemudahan untuk kerusi roda.

Sistem Maklumat Penumpang (PIS) di dalam tren memberikan  maklumat masa nyata mengenai jadual, laluan dan sebarang kelewatan bagi memastikan  penumpang sentiasa dimaklumkan sepanjang perjalanan. Reka bentuk luaran biru putih pula  diinspirasikan daripada landskap pantai dan hidupan liar Malaysia serta memberikan identiti  tersendiri ECRL terutamanya bagi komuniti Pantai Timur.

Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak, berkata: “EMU dan E-Loco ECRL akan menjalani ujian menyeluruh termasuk Fault Free Run (FFR) sejauh 8,000 km yang akan  dikawal selia oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum digunakan untuk  operasi komersial pada Januari 2027.

“Ini akan membuka lembaran baharu dalam  mempromosikan ECRL sebagai mod pengangkutan hijau untuk penumpang dan kargo di  sepanjang 655km rangkaian rel elektrik.” 

 Darwis turut berkata,  penghantaran EMU dan E-Loco ECRL mencerminkan  kerjasama kukuh dan dedikasi di semua peringkat Projek ECRL dan tenaga kerja CRRC Dalian,  sekali gus memastikan standard tertinggi bagi sistem kereta api moden dan efisien untuk  menyediakan pengalaman perjalanan yang lancar serta meningkatkan keterhubungan di  Semenanjung Malaysia. 

Pengarah Urusan CCCECRL, Deng Bo, berkata: “Seiring dengan peralihan Projek ECRL ke fasa  pengujian dan pentauliahan, EMU dan E-Loco ini akan memainkan peranan penting dalam  memastikan operasi yang selamat dan efisien. Kami komited untuk menyediakan sistem rel  moden yang dapat meningkatkan kesalinghubungan serta menetapkan penanda aras baharu  untuk Malaysia.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN