Semua daerah terjejas, mangsa banjir Terengganu cecah 7,000 orang

Semua daerah terjejas, mangsa banjir Terengganu cecah 7,000 orang

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu mengangkat mangsa yang terjejas akibat banjir di Kampung Surau Haji Yaakob, Bukit Payung, Marang, Terengganu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di Terengganu semakin buruk apabila hampir 7,000 mangsa daripada 2,157 keluarga dipindahkan ke 104 pusat pemindahan sementara (PPS) di semua lapan daerah berbanding 4,530 orang pagi ini.

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, sehingga pukul 5 petang ini, daerah Kemaman dan Marang paling terjejas dengan masing-masing 1,802 mangsa daripada 473 keluarga dan 1,695 mangsa (497 keluarga) berlindung di 34 PPS.

Sejumlah 1,143 mangsa banjir melibatkan 409 keluarga turut dipindahkan ke 28 PPS di Setiu manakala Kuala Nerus yang menjadi daerah terbaharu terjejas menyaksikan sejumlah 827 orang daripada 281 keluarga berlindung di 11 PPS.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kuala Terengganu pula merekodkan 675 mangsa banjir daripada 281 keluarga diikuti Dungun (583 mangsa, sembilan PPS), Hulu Terengganu (187 mangsa, sembilan PPS) dan Besut 65 mangsa yang dipindahkan di enam PPS.

Sementara itu,  laman web Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan , antara jalan utama yang terpaksa ditutup akibat banjir ialah laluan Permaisuri-Ulu Seladang, Jalan Kampung Bukit-Alur Lik dan Jalan Chalok-Bukit Putera-Telaga Papan di Setiu.

Di Kemaman pula, laluan terjejas termasuk Jambatan Lama Teladas, Jalan Pelatoh-Lubuk Lesong serta Lubuk Lesong manakala di Marang Jalan Penghubung Lebuhraya Pantai Timur (LPT)-Bukit Payong masih ditutup dengan air semakin meningkat.

Selain itu, lapan laluan di Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Kemaman ditutup kepada kenderaan ringan.

Di Kuala Terengganu pula, laluan terjejas termasuk Jalan KT Bypass-Durian Burung dan Jalan Bukit Payung-Pengadang Buloh-Cendering sementara di Setiu melibatkan Jalan Pengkalan Merbau-Pelong.

Di Hulu Terengganu, laluan terjejas ialah Jalan Utama Felda Mengkawang-Tersat, Jalan Utama Bukit Diman-Tersat dan Jalan Pelam-Bukit Lawang manakala di Kemaman, laluan terlibat ialah Jalan Payoh-Kemasik dan Kertih 5-Batu Putih-Kertih.

Sementara itu, Masjid Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor di Hulu Dungun tidak dapat melaksanakan solat Jumaat ekoran terjejas banjir hari ini.

Kedua-dua kawasan masjid yang berada di kawasan rendah tersebut ditenggelami banjir ekoran hujan lebat dan limpahan air Sungai Dungun selain laluan ke masjid tersebut turut dinaiki air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN