Jaguh Joran sempena Konvokesyen Ke-49 UPM tawar hadiah RM10,000

Jaguh Joran sempena Konvokesyen Ke-49 UPM tawar hadiah RM10,000

Noor Mohamad Shakil Hameed (kanan) melepaskan ikan sebagai persediaan untuk pertandingan memancing sempena konvokesyen Universiti Putra Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Acara memancing paling dinantikan kaki pancing tanah air kembali lagi apabila pertandingan Jaguh Joran anjuran bersama Utusan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia (UPM) bakal berlangsung sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-49.

Pertandingan tersebut dijadualkan berlangsung pada 30 November 2025 (Ahad) bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Kolam 1, Bukit Ekspo UPM, Serdang.

Penganjur menawarkan jumlah hadiah keseluruhan melebihi RM10,000, termasuk konsep hadiah ‘sapu bersih’.

Dengan yuran penyertaan RM40 bagi satu joran dua mata kail, peserta berpeluang merebut hadiah utama RM4,000, diikuti RM1,000 untuk tempat kedua dan RM500 bagi tempat ketiga.

Tempat keempat hingga ke-100 juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima RM50 seorang sebagai saguhati.

Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM, Noor Mohamad Shakil Hameed berkata, kolaborasi antara UPM dan Utusan Malaysia menjadi platform terbaik dalam memeriahkan minggu konvokesyen universiti berkenaan.

Semua spesies ikan dipertandingkan menjadikan edisi kali ini lebih mencabar dan mampu menarik minat pemancing berpengalaman.

“Selain patin besar yang mencecah lebih 13 kilogram sebagai buruan utama, terdapat juga spesies lain seperti jelawat, kap, belida, keli, haruan, baung, talapia dan lampam,” katanya yang optimis terhadap sambutan penganjuran kali ini.

Penganjur turut menyediakan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik sebagai tarikan tambahan kepada peserta.

Kaunter pendaftaran dibuka lebih awal pada 29 November 2025 (Sabtu) bermula jam 3 petang hingga 7 malam di khemah memancing Kolam 1 untuk memudahkan urusan peserta.

Pada hari pertandingan, kaunter akan kembali dibuka seawal 6.30 pagi bagi memberi ruang kepada peserta membuat persiapan akhir sebelum wisel permulaan dibunyikan.

Lokasi pertandingan di Bukit Ekspo UPM yang terkenal dengan persekitaran hijau dan nyaman turut menambah keselesaan serta pengalaman pemancing.

Jaguh Joran 2025 menyasarkan 500 penyertaan, sekali gus mengangkat aktiviti memancing ke tahap lebih tinggi dalam kalangan penggemarnya di negara ini.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi urus setia iaitu Syukur (013-2667011), Jas (012-3554946) atau Ali (012-2846811).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN