TUMPAT: Seorang lelaki maut dipercayai ditetak di beberapa bahagian badan termasuk tangan kiri dan kaki kanan putus dalam kejadian di Kampung Kok Bedollah di sini.
Mangsa yang juga bapa tunggal dikenali sebagai, Mohd Suhairi Hasim, 46, bekerja sebagai pemandu jengkaut.
Dia ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira jam 11 malam oleh ibunya, Wan Salma Wan Said, 68.










