Korea Utara lancar ujian peluru berpandu beberapa jam sebelum ketibaan Trump di Seoul

Korea Utara lancar ujian peluru berpandu beberapa jam sebelum ketibaan Trump di Seoul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu jelajah dari pantai baratnya hanya beberapa jam sebelum Presiden Amerika Syarikat, (AS), Donald Trump memulakan lawatannya ke Korea Selatan.

Menurut agensi berita rasmi KCNA, peluru berpandu laut-ke-darat itu dilancarkan secara menegak dari Laut Kuning dan terbang lebih dua jam.

Pegawai tentera kanan, Pak Jong Chon yang mengetuai ujian tersebut berkata, kejayaan penting sedang dicapai dalam pembangunan kuasa nuklear Korea Utara sebagai alat pencegah perang.

“Ujian ini bertujuan menilai kebolehpercayaan pelbagai keupayaan serangan strategik serta menunjukkan keupayaannya kepada musuh.

“Adalah misi dan tanggungjawab kami untuk terus memperkukuh kesiapsiagaan tempur nuklear,” katanya.

Menariknya, pemimpin tertinggi Kim Jong Un tidak hadir menyaksikan pelancaran tersebut, sesuatu yang jarang berlaku memandangkan beliau biasanya mengawasi ujian peluru berpandu utama.

Trump sebelum ini berkata, beliau berhasrat untuk bertemu Jong Un minggu ini semasa lawatan pertamanya ke Semenanjung Korea bagi penggal keduanya sebagai Presiden.

Namun Jong Un hanya menyatakan kesediaan untuk berbincang sekiranya AS meninggalkan tuntutan yang dianggap ‘khayalan’ supaya Pyongyang melucutkan senjata nuklearnya.

“Pelancaran ini menegaskan kembali keazaman Pyongyang untuk mempertahankan pencegahan nuklear menjelang lawatan Trump ke semenanjung, dan sekali lagi menunjukkan denuklearisasi bukan lagi pilihan,” kata Profesor Universiti Kajian Korea Utara di Seoul, Yang Moo Jin.

Kedua-dua pemimpin kali terakhir bertemu pada 2019 di Zon Nyahketenteraan (DMZ), sempadan era Perang Dingin yang memisahkan Korea Utara dan Selatan selama beberapa dekad.

Korea Utara setakat ini belum memberikan maklum balas rasmi terhadap jemputan Trump.

Pakar Institut Kajian Timur Jauh di Universiti Kyungnam, Prof. Lim Eul-chul berkata, ketiadaan Jong Un memberi petunjuk tersendiri.

“Ini bukan cubaan terang-terangan untuk memalukan Trump,” katanya.

KCNA juga tidak menyebut nama Jong Un ketika melaporkan ujian pelancaran beberapa peluru berpandu hipersonik minggu lalu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN