Tegur dan nasihat cara baik

Tegur dan nasihat cara baik

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tegur dan nasihat cara baik

SOALAN
Saya pernah menegur seorang jemaah masjid mengenai amalannya semasa beribadah yang saya anggap silap tetapi dia tidak menerimanya. Adakah cara saya ini salah atau agama kita ada panduan bagaimana cara mahu menegur jika ada isu seperti ini?

Anuar Amid
Bangi

JAWAPAN
Menegur atau menasihat perkara yang salah adalah baik. Cuma perlu menasihat dengan cara yang berhemah tanpa mengaibkan orang tersebut. Ini kerana menasihati itu memang mudah tetapi untuk orang lain menerimanya adalah berat bagi kebanyakannya.

Urusan jual beli harus tidak mudarat, tiada unsur riba

SOALAN
Hari ini urusan berjual beli banyak menggunakan teknologi seperti QR code atau transaksi dalam talian. Adakah cara ini sah dalam Islam kerana tidak melibatkan akad dalam jual beli?

Fikrah

Peniaga pasar malam

JAWAPAN
Fikh kita tidak mengehadkan jual beli dengan cara terhad. Sebaliknya ia terbuka luas selagi terdapat reda dan tidak ada unsur penipuan. Selain itu, perlu memastikan jual beli tidak memudaratkan dua pihak, tidak ada unsur riba dan haram.

Bertaubat, mohon kemaafan kepada orang diumpat

SOALAN
Bagaimana saya hendak bertaubat selepas mengumpat yang tidak baik terhadap seseorang umat Islam lain? Orang berkenaan masih hidup. Adakah wajar saya datang memohon maaf kepadanya?

Sya Aini
Kuantan

JAWAPAN
Bertaubat sedemikian adalah dengan memohon maaf kepada orang yang kita kutuk atau kata itu. Pada masa sama, perbanyakkanlah bersedekah. Semoga dengan amalan bersedekah dapat membantu kita di akhirat.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN