Nun jauh di tengah belantara. Di puncak bukit yang penuh siulan burung-burung pagi bernyanyi riang. Dari jauh kelihatan Bukit Setangga berbalam-balam diselimuti kabus putih kelabu. Sejuk dingin melatari hutan kelapa sawit terhampar luas di kaki bukit. Sesekali, Jalak Lenteng melompat tinggi berpusing badan menghunus taji tajam ke arah musuh yang sedang berani mencabar keperkasaannya. Juara yang disandang berlipat kali sejak setahun lalu. Bulu tengkuk merah oren diremang seperti payung tiga…








