DIBERIKAN kepercayaan oleh rakyat sejak lebih satu dekad lalu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup di bawah Parlimen Bagan Datuk di Perak menjadi pendorong utama untuk Datuk Shahrul Zaman Yahya terus berbakti dan memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan itu terpelihara. Shahrul Zaman, 58, yang merupakan ADUN Barisan Nasional (BN) ialah anak jati Kampung Sungai Sumun, Hutan Melintang. Mandat yang diterimanya sejak Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013 amat dihargai…










