AKHLAK mempunyai peranan yang amat penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang insan. Setiap perbuatan dan pertuturan manusia adalah cerminan daripada apa yang tersemat di dalam hatinya. Berkongsi pandangan dengan Mingguan Malaysia, Imam Tua Masjid Wahdatul Ummah, Imam Samsuddin Mat San, 60, berkata, segala amal perbuatan manusia lahir daripada kekuatan jiwa dan nilai rohani yang membentuk dirinya. “Jika baik hati seseorang, maka baiklah amalnya; jika rosak hatinya, maka rosaklah…