TIDAK seperti tahun lalu, rombakan dan penyusunan semula barisan exco kerajaan negeri kelmarin cukup tenang. Tidak ada lagi ‘ribut’ atau rasa tidak puas hati, semuanya berjalan lancar. Ironinya, pelantikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah selepas dua kali diketepikan sebelum ini, dilihat mampu mengharmonikan semula keadaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perlis pimpinan Menteri Besar, Mohd. Shukri…