KUALA LUMPUR: Tiga rang undang-undang (RUU) berkaitan hal ehwal Islam dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini. Ia melibatkan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024; RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar ketika membentangkan kesemua RUU itu berkata, bacaan kali kedua juga akan dibuat pada…