HULU SELANGOR: Calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao menafikan dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membantunya berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu. Sock Tao berkata, sejak mula kempen bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut, beliau mendapat bantuan daripada pemimpin-pemimpin utama PKR. “Dakwaan itu adalah tidak benar kerana Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sendiri turun padang untuk membantu kempen. “(Malah), saya juga menyertai satu forum…