KUALA LUMPUR: Nilai kesederhanaan dalam mencapai kesepakatan seluruh umat Islam sangat penting dalam memupuk perpaduan, keharmonian dan menentang kezaliman. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, maka sebab itu persidangan Majlis Ulama Asia ini diadakan bagi mencapai kata putus mengenai perihal berkaitan menerusi perbincangan membabitkan pemimpin-pemimpin negara. Menurut beliau, dalam hal ini membuktikan bahawa kerjasama dengan pelbagai pihak amat penting bagi tujuan mencari keadilan untuk masyarakat seluruh…