Hanya di Malaysia, yang tua dibayar murah dan dipinggirkan – Zed Zaidi - Utusan Malaysia

Hanya di Malaysia, yang tua dibayar murah dan dipinggirkan – Zed Zaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Presiden Seniman, Zed Zaidi bersetuju dengan pendapat ramai pelakon lama dan veteran yang dipinggirkan serta dibayar murah dengan harga tidak masuk akal seolah-olah khidmat mereka tidak lagi diperlukan.

Malah, dia turut meluah kekecewaan apabila ramai penerbit dan pengarah memberikan watak-watak sampingan yang kadang kala tidak bersesuaian dengan pengalaman serta bakat pelakon lama.

“Hanya di Malaysia, pelakon lama dan berpengalaman dibayar murah malah dipinggirkan. Kalau ditawarkan pun, watak hantu, komedi yang sekadar sampingan sahaja. Memperlekehkan mereka.

“Berbeza dengan negara luar, mereka sangat menghargai dan mengangkat pelakon-pelakon lama. Tak kira usia berapa, mereka tetap mendapat watak utama yang menyerlahkan lagi pengalaman mereka.

“Industri seni kita tidak, lagi tua lagi kecil nama di poster. Selalu dipinggirkan demi memberi laluan kepada pendatang baharu. Kita kena sedar, tanpa yang lama tidak ada yang baharu,” ujarnya.
Sementara itu, Zed menerusi Seniman sedia bekerjasama dengan agensi bertanggungjawab untuk merangka formula dan menyediakan rate card untuk pelakon-pelakon veteran supaya tidak dianaktirikan.

“Kita harus perbetulkan situasi ini dan kembali mengikut standard negara luar dalam menghargai pelakon veteran. Kami di Seniman juga sedang mencari solusi terbaik.

“Peranan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sangat penting untuk memperbaiki ekosistem industri seni kita. Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. Kita perlu konsisten memperjuangkan nasib pelakon lama,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya