Maszlee dan tiga penjuru di Simpang Renggam?

Maszlee dan tiga penjuru di Simpang Renggam?

MASZLEE MALIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBUT sahaja Simpang Renggam, pasti ramai yang mengenali wakil rakyatnya, khususnya rakyat Johor.

Ini kerana Maszlee Malik pernah dilantik sebagai Menteri Pendidikan semasa era pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan (PH).

Jika pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14), bekas pensyarah itu bertanding di bawah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun pada PRU15, Maszlee bernaung di bawah PKR yang disertainya kini.

Memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam dengan majoriti 3,475 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Liang Teck Meng dan calon Pas, Jubri Selamat, namun pada PRU15 ini, Maszlee kian ‘kepanasan’ apabila dijangka bakal menerima tentangan sengit, khususnya daripada calon BN.

Kerusi Simpang Renggam dijangka bakal menyaksikan sekurang-kurangnya tiga penjuru antara PH-BN-PN.

Jika Maszlee sudah diberi misi besar mempertahankan kerusi tersebut oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, BN turut bakal mempertaruhkan calon ‘heavy weight’, iaitu Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad.

Walaupun tidak menyatakan dengan jelas, namun Hasni yang juga bekas Menteri Besar Johor mengakui akan bertanding di luar kawasan keahlian UMNO yang diketuainya di Pontian.

Risikan oleh Utusan Malaysia mendapati, Pengerusi BN Johor tersebut hampir pasti bertanding di Parlimen Simpang Renggam untuk merampas kerusi berkenaan.

Berdasarkan rekod dan reputasi berjaya memimpin BN Johor menang besar, iaitu 40 daripada 56 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu, Hasni diyakini mampu membawa cabaran BN merampas kerusi Parlimen Simpang Renggam.

Selain Hasni, Perikatan Nasonal (PN) turut dikatakan akan mempertaruhkan semula Teck Meng untuk merampas semula kerusi tersebut.

Pengalaman dan rekod beliau selama dua penggal menjadi wakil rakyat di situ akan diberi penilaian oleh rakyat, khususnya para pengundi kawasan berkenaan.

Namun, pemerhati politik menjangkakan persaingan sengit akan berlaku melibatkan calon PH dan BN.

Malah, PRU15 bakal menjadi penentu hidup mati karier politik Maszlee.

Adakah beliau mampu bertahan dalam politik tanah air akan terjawab pada 19 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN