Parlimen tidak boleh menjadi ‘alat’ mana-mana pihak - Utusan Malaysia

Parlimen tidak boleh menjadi ‘alat’ mana-mana pihak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parlimen kini dalam proses diberikan nafas baharu dengan merangka beberapa pelan transformasi yang diyakini mampu mengubah imej serta pandangan yang sudah diletakkan terhadap institusi tersebut.

Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim berkata, transformasi tersebut turut melibatkan konsep pengasingan kuasa supaya institusi Parlimen benar-benar dihormati dan tidak boleh menjadi ‘alat’ kepada mana-mana pihak.

“Dewan Negara telah membuat kata sepakat dengan Dewan Rakyat untuk kita menambah baik struktur pentadbiran serta kerangka perundangan yang bersangkutan dengan Parlimen agar konsep pengasingan kuasa benar-benar wujud, dihormati serta dihayati dan seterusnya memastikan kewibawaan Parlimen dapat diperkasa.

“Sesuai langkah transformasi, Parlimen tidak boleh lagi dilabelkan sebagai alat mana-mana pihak untuk menghalalkan apa yang ingin lakukan oleh pihak-pihak yang tidak bersangkutan dengan kewibawaan Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.

Tumpuan kepada agenda transformasi ini adalah kepada Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) serta mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan pada 1992.

RAIS YATIM

Menurut Rais, peraturan-peraturan mesyuarat  juga ditambah baik meliputi aspek-aspek perjalanan mesyuarat, disiplin ahli-ahli Yang Berhormat dan memperkuat jawatankuasa-jawatankuasa pilihan khas supaya mempunyai kuasa perlaksanaan.

“Jika semua transformasi ini dilunaskan, banyak hal dan muslihat yang tidak dapat dikawal dapat diatasi oleh Parlimen melalui kuasanya dan tentu sekali institusi legislatif ini terutama Dewan Negara tidak lagi dilihat sebagai remeh atau tidak penting.

“Begitu jugalah halnya dalam soal kewangan dan pentadbiran kerana sudah tiba masanya Parlimen menentukan kaedah kewangan sendiri dan bagaimana ia hendak dibelanjakan juga adalah bidang kuasa sepenuhnya Parlimen,” jelasnya.

Tegas beliau, Parlimen tidak boleh lagi dilayan seperti satu ‘jabatan’ kerana hakikatnya institusi itu perlu bebas daripada cengkaman mana-mana pihak. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya