fbpx

Kilang haram punca pencemaran udara Sungai Petani

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pencemaran udara di Sungai Petani, Kedah berpunca daripada kilang haram yang menjalankan aktiviti peleburan logam.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Jabatan Alam Sekitar menerima banyak aduan daripada penduduk berasaskan siasatan dan aduan dijalankan terutama menjelang awal pagi di Kawasan Perindustrian Bukit Selambau.

“Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan Perintah Larangan dan menjalankan operasi bersepadu sejak 2019 lagi.

“Kini, Jabatan ini merujuk perkara ini kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani supaya tindakan diambil di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak melahirkan kebimbangan dengan aktiviti kilang-kilang haram di Sungai Petani kerana didakwa menjadi punca pencemaran udara di daerah tersebut khususnya memberi kesan kepada kesihatan penduduk.

Justeru mereka mengesa kerajaan untuk mengambil tindakan segera termasuk menutup kilang haram itu dengan segera bagi mengatasi pencemaran udara yang berlaku. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI