GEORGE TOWN : Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berjaya meraih undian terbanyak pada sesi pemilihan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang hari ini dengan 1,247 undi.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, yang juga calon pilihan di tangga kedua dengan 1,237 undi diikuti oleh bekas Exco Pulau Pinang, Datuk Yeoh Soon Hin yang membuat kejutan untuk menempatkan diri pada kedudukan ketiga dengan 1,225 undi.
Sementara itu, seorang lagi calon pilihan iaitu Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying bagaimanapun hanya memperoleh 827 undi sekaligus menduduki tangga ke-12.
Terdahulu, para perwakilan di konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini mengundi untuk memilih 15 ahli bagi membentuk jawatankuasa DAP Pulau Pinang yang baharu iaitu bagi penggal 2024/2027.
Kesemua 15 ahli jawatankuasa yang terpilih ini kemudiannya akan memutuskan siapakah di antara mereka yang akan dilantik sebagai Pengerusi DAP negeri yang baharu dan memegang jawatan penting lain.
Pada masa ini, kesemua mereka sedang bermesyuarat untuk memutuskan siapa yang akan menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang yang baharu.-UTUSAN
Berikut merupakan 15 calon yang dipilih sebagai ahli jawatankuasa negeri DAP Pulau Pinang dengan jumlah undian yang diterima:
1) Ramkarpal Singh – 1,247 undi
2) Steven Sim Chee Keong – 1,237 undi
3) Datuk Yeoh Soon Hin – 1,225 undi
4) Zairil Khir Johari – 1,166 undi
5) Gooi Zi Sen – 1,133 undi
6) Lay Hock Peng – 1,120 undi
7) H’ng Mooi Lye – 1,074 undi
8) Woo Sze Zeng – 1,047 undi
9)Phee Syn Tze – 886 undi
10) Lim Siew Khim – 870 undi
11) Datuk Soon Lip Chee – 853 undi
12) Lim Hui Ying – 827 undi
13) Phee Boon Chee – 812 undi
14) Teh Lai Heng – 722 undi
15) RSN Rayer – 644 undi










