EXA labur RM200 juta bina Hospital Pakar Andorra di JB - Utusan Malaysia

EXA labur RM200 juta bina Hospital Pakar Andorra di JB

AHMAD RAZIFF Abu Bakar (kiri), Dr. Khamsiah Muda (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif EXA, Mohamed Shehzad Mohamed Islam bertukar dokumen MoU di Pejabat Tapak Hospital Pakar Andorra di tanah wakaf, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: EthisX Advisory (EXA) melabur RM200 juta dalam Kencana Healthcare Sdn. Bhd., (KHSB) dan Andorra Healthcare Berhad (AHB) bagi membina dan mengendalikan Hospital Pakar Andorra di atas tanah wakaf di Bandar Baru Uda, di sini.

Pelaburan itu adalah pencapaian penting AHB dalam mengumpul dana bagi mengendalikan hospital yang bakal menyediakan 300 katil itu.

Pembiayaan itu bagi memenuhi pelan pembangunan serta kos operasi Hospital Pakar Andorra, termasuk membiayai peralatan perubatan terkini, mengoptimumkan kapasiti katil serta menyediakan perkhidmatan terbaik.

Pengerusi Eksekutif KHSB, Datuk Ahmad Raziff Abu Bakar berkata, komitmen diberikan itu penting bagi menjamin kewangan untuk membiayai projek tersebut.

“Dengan memanfaatkan rangkaian EXA dalam sektor pelaburan Islam global, kami yakin ia akan meningkatkan keyakinan pelabur lain,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis menandatangani perjanjian pelaburan itu, di sini.

Pihaknya berusaha untuk mencapai visi membangunkan lebih banyak hospital di atas tanah wakaf di Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah AHB, Dr. Khamsiah Muda berkata, platform pelaburan yang diwujudkan AHB dengan kerjasama EXA akan membantu
mempercepatkan pelan rancangan hospital berkenaan.

“Kerjasama ini menekankan komitmen dan aspirasi bersama untuk mengembangkan jenama Andorra serta mematuhi maqasid syariah,” katanya.

Bangunan Hospital Pakar Andorra dibina oleh Hunan Construction and Engineering (M) Sdn. Bhd., dan dijangka siap dalam masa lapan bulan.

Fasa kedua dijangka siap dalam tempoh 28 bulan berikutnya dan dijangka dibenarkan beroperasi pada suku keempat 2027. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×