Akmal cadang Teresa saman Chat GPT

Akmal cadang Teresa saman Chat GPT

MUHAMAD AKMAL SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Salleh mencadangkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyaman Chat GPT yang didakwanya mengundang kekeliruan berhubung isu pensijilan halal.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, beliau sebelum ini dipersalahkan berhubung isu tersebut.

“Sebelum ni salah Dr. Akmal katanya. Sekarang dah jadi salah Chat GPT pula ya. Apa punya lawak lah.

“Mohon saman juga Chat GPT tu ya. Xsabar (tidak sabar) rasanya nak lawan di mahkamah,” katanya dalam Facebook beliau.

Sebelum ini, Teresa dalam Mingguan Malaysia mendakwa kenyataan berhubung isu sijil halal ‘lari’ daripada kenyataan asal selepas menggunakan aplikasi Chat GPT.

Katanya, kenyataan sebenarnya dalam bahasa Mandarin dan beliau mengarahkan pekerja berbangsa Melayu yang fasih bertutur dan menulis dalam Mandarin untuk menterjemah ke bahasa Melayu.

“Namun, disebabkan pekerja saya tergesa-gesa ke luar negeri menjalankan tugas, maka, kenyataan ini diterjemah menggunakan varian model bahasa ChatGPT kerana lebih cepat. 

“Namun, ada perkataan tertentu yang diterjemah ‘lari’ daripada maksud asal dan pihak kami pula kurang teliti dengan perkataan yang digunakan. Masalahnya apabila ada portal berita menulis tajuk berita yang mengejutkan dan kurang manis. Sedangkan, maksud saya dalam kenyataan adalah kerajaan mengkaji,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×