Angkasawan misi Polaris Dawn selamat kembali ke Bumi

Angkasawan misi Polaris Dawn selamat kembali ke Bumi

MISI Polaris Dawn membawa orang awam pertama ke angkasa lepas, membawa usahawan teknologi, Jared Isaacman, bekas juruterbang Thunderbird dan dua jurutera SpaceX.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Misi Polaris Dawn SpaceX yang membawa orang awam pertama ke angkasa, selamat mendarat ke Bumi semalam selepas lima hari berada di orbit dan melakukan penjelajahan angkasa lepas sejak misi bulan NASA lebih setengah abad yang lalu.

Kapsul Dragon mendarat di Teluk Mexico berhampiran Dry Tortugas, Florida, lebih kurang pukul 3.37 pagi waktu tempatan, membawa usahawan teknologi dan penaja misi, Jared Isaacman, dua jurutera SpaceX dan seorang bekas juruterbang Thunderbird.

Sejurus pendaratan dalam gelap sebelum waktu subuh, syarikat angkasa Elon Musk meraikan di platform media sosialnya, X, dengan pengumuman: “Pendaratan Dragon disahkan! Selamat kembali ke Bumi.”

Krew yang sepenuhnya terdiri daripada orang awam itu melakukan penjelajahan angkasa lepas
kira-kira 740 kilometer di atas Bumi, lebih tinggi daripada Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan teleskop angkasa Hubble.

Kenderaan angkasa mereka mencapai ketinggian puncak 1,408 kilometer selepas pelancaran pada hari Selasa minggu lalu.

Isaacman menjadi individu ke-264 melakukan penjelajahan luar angkasa sejak bekas Kesatuan Soviet muncul yang pertama pada tahun 1965, dan Sarah Gillis dari SpaceX menjadi yang ke-265.

Sehingga kini, semua penjelajahan luar angkasa dilakukan oleh angkasawan profesional.

Isaccman melalui radio ketika kapsul berkenaan terapung di dalam air sambil menunggu pasukan penyelamat tiba sempat berkata, pihaknya telah berjaya melengkapkan misi.

Profesor astrofizik dan sains angkasa di Universiti Leicester, Martin Barstow menyifatkan misi itu sebagai tanda aras dalam penerokaan angkasa komersial dan sebagai isyarat aktiviti di angkasa tidak lagi terhad kepada agensi yang disokong kerajaan.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×