Tindakan Fazura, Fattah adalah betul – Erma Fatima

Tindakan Fazura, Fattah adalah betul – Erma Fatima

ERMA FATIMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit drama Andartu Kosmopolitan, Erma Fatima, menyokong tindakan pasangan Nur Fazura dan Fattah Amin yang memilih menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara peribadi.

Bagi Erma, sekurang-kurangnya dari sudut pandang seorang wanita, tindakan Fazura tidak menguar-uarkan masalah rumah tangganya kepada khalayak menunjukkan dirinya sebagai wanita bermaruah.

“Mengenali Fazura, dia jenis yang menyimpan rahsia. Tetapi apa pun yang dilakukan oleh Fazura dan Fattah itu betul. Hal rumah tangga itu untuk mereka dan bukan untuk tatapan media sosial, bukan untuk umum.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia buat keputusan yang bijak. Kalau betul berpisah pun, dia selesaikan perkara itu antara mereka dan tak ada kena-mengena dengan orang lain. Itu maruah wanita bagi saya.

“Awak simpan aib suami, aib sendiri pun kita simpan. Selesai antara dua pihak,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Malah kata Erma, sepanjang sesi Live TikTok untuk mempromosi drama terbitannya itu, dia tidak melihat Fazura me­maparkan riak wajah sedih.

“Sepanjang saya bersama dengannya kelmarin untuk live di TikTok, dia tak menampakkan wajah sedih. Nampak biasa sahaja. Nama pun pelakon.

“Saya pun bukan sejenis nak bertanya dengannya me­ngenai apa pun yang terjadi melainkan kalau dia sendiri nak bercerita saya okey untuk mendengar,”katanya.

Pada masa yang sama, kata Erma, sebagai seorang penerbit dan pengarah, dia juga tum­pang bersedih dengan berita perpisahan ini.

“Ini kerana kedua-duanya adalah pelakon saya, baik Fazura atau Fattah. Iyalah, kita semua tahu mereka berdua pasangan yang saling menyayangi.

“Tetapi nak buat macam mana jika benar perpisahan yang mereka pilih,”katanya.

Semalam, aktres dengan nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin dikhabarkan telah memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini