PETALING JAYA: Jenama elektronik pengguna, PRISM+ mengumumkan pembukaan cawangan pertama mereka di AEON Bandaraya Melaka dengan tawaran eksklusif kepada 50 pelanggan pertama, diskaun melebihi RM400 untuk televisyen dan monitor mereka.
Kedai tersebut akan dibuka bermula pukul 10 pagi esok.
Pengarah Negara PRISM+ Malaysia, Eric Kam berkata, kedai baharu itu mewakili langkah penting dalam mengukuhkan hubungannya dengan komuniti Melaka, membolehkan jenama tersebut berinteraksi dengan pelanggan secara lebih peribadi dan bermakna.
“Kami teruja untuk membawa produk PRISM+ lebih dekat dengan rakyat Malaysia, memberikan nilai dan aksesibiliti yang luar biasa.
“Kami tetap komited untuk menyediakan produk berkualiti tinggi yang mendefinisikan jenama PRISM+.
“Saya yakin penduduk Melaka akan menghargai dan menikmati pengalaman membeli-belah yang telah disediakan, kerana kami menawarkan segala-galanya daripada teknologi peralatan pintar terkini hingga paparan premium,” katanya dalam kenyataan.
Cawangan baharu seluas 1,225 kaki persegi terletak di S-05, tingkat dua pusat beli-belah itu menawarkan pelbagai produk termasuk televisyen, monitor, bar suara, penapis udara dan pendingin hawa pintar Luna yang sangat dinantikan.
Pelanggan digalakkan untuk melawat kedai dan menyaksikan demonstrasi langsung pendingin hawa pintar, menunjukkan ciri-ciri canggih dan kawalan yang lancar melalui aplikasi pintar PRISM+.
Sehubungan itu, sempena pembukaan cawangan baharu, PRISM+ menawarkan tawaran eksklusif kepada 50 pelanggan pertama di Melaka pada hari pembukaan.
Promosi ini menampilkan diskaun yang signifikan pada produk-produk kegemaran pelanggan, mencerminkan dedikasi jenama dalam menyediakan elektronik premium dengan nilai yang luar biasa.
Ia termasuk S40 TV Google 40 inci harga Istimewa RM769 (RM1,199) apabila membuat pembayaran dengan Atome, S43 TV Google 43 inci dengan harga istimewa, RM999 (harga asal RM1,349) apabila membuat pembayaran dengan Atome, Q55U TV Google QLED 55 inci 4K Terlaris, dengan tawaran khas, percuma Aura Smart Air Purifier bernilai RM429, W220v Monitor 22 inci 100Hz dengan harga Istimewa iaitu RM299 (RM349).
Selain itu, F245i 24.5 inci 180Hz IPS Gaming Monitor, harga istimewa: RM589 (RM669) dan X270 27 inci Curved 180Hz Gaming Monitor dengan tawaran RM649 (RM1,099). – UTUSAN










