UiTM medan cungkil cerdik pandai Melayu - Dr Mahathir

UiTM medan cungkil cerdik pandai Melayu – Dr Mahathir

MAHATHIR Mohamad (tengah) bergambar dengan alumni UiTM selepas majlis Nostalgia 25 tahun Pengisytiharan ITM kepada UiTM di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penubuhan Institut Teknologi MARA (ITM) yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) dilihat berhasil kerana ia medan mencungkil Melayu cerdik pandai.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan mewujudkan ITM suatu ketika dahulu memang berhasil apabila graduan dilahirkan tidak kurang hebat berbanding universiti lain.

“Kita yakin kalau diberi peluang dan mereka berusaha, maka mereka boleh berjaya seperti orang lain. Sebab itu apabila ada gerakan nak minta ITM jadi sebuah universiti, saya setuju umumkan,” katanya pada majlis Nostalgia 25 tahun Pengisytiharan ITM kepada UiTM di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ketika di bawah pemerintahan British, bangsa Melayu dilihat lemah dari segi pendidikan, namun penubuhan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (RIDA) mengubah segalanya.

Dr Mahathir berkata, penubuhan RIDA yang kemudiannya ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) mencetus kepada penubuhan ITM dan UiTM kini.

“Ya, saya amat gembira kerana UiTM kini menjadi universiti terbesar sekali di Malaysia,” katanya.

Ditanya apa pesanannya kepada graduan dan penuntut UiTM ketika ini, Dr Mahathir berkata, beliau berharap orang Melayu khususnya dapat menggunakan peluang belajar di UiTM ini sebaiknya.

“UiTM istimewa untuk orang Melayu khususnya dan kita mesti tunjuk kebolehan kita sebagai orang Melayu.

“Saya harap anda semua dapat belajar kuat-kuat untuk kuasai ilmu kerana ia penting untuk masa depan kita dan negara,” katanya.

Katanya, orang Melayu perlu bersyukur dengan adanya UiTM dan beliau berharap peluang itu digunakan sebaiknya bukan untuk diri sendiri tetapi agama dan negara.

Pada 26 Ogos 1999, Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri ketika itu mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan pada 26 Ogos lalu, genap 25 tahun transformasi nama dari ITM kepada UiTM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini