Ramanan kini bergelar Datuk Seri

Ramanan kini bergelar Datuk Seri

R. Ramanan, hari ini menerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan, hari ini menerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pengurniaan tersebut disempurnakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-65 dalam istiadat penuh adat di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, di sini hari ini.

Ramanan salah seorang daripada 27 penerima darjah kebesaran tersebut.

Ramanan, 43, dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada Disember 2023, dikenali sebagai pemimpin yang sangat komited dalam memperkasakan ekonomi rakyat Malaysia terutama komuniti India.

Sejajar dengan visi kerajaan MADANI, beliau telah merencanakan pelbagai inisiatif untuk memperkukuh ekonomi komuniti tersebut.

Dalam tempoh lapan bulan, Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berjaya melaksanakan tiga inisiatif khas, termasuk Skim Pembiayaan Pemerkasaan (SPUMI) Goes Big melalui Tekun Nasional dengan peruntukan RM30 juta serta Prosperity, Empowerment and A New Normal (PENN) yang diuruskan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, memperuntukkan RM50 juta khusus bagi pemerkasaan wanita India.

Selain itu, Ramanan turut memperkenalkan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-(BRIEF-i) untuk membantu usahawan India memperluaskan perniagaan mereka.

“Kerajaan MADANI melaksanakan banyak program untuk membantu komuniti India dalam aspek ekonomi, pendidikan, perubatan dan kebajikan. Banyak lagi yang perlu dilakukan, namun setakat ini, perkembangan ini amat memberangsangkan,” ujarnya.- UTUSAN

Sebagai bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas MITRA (Unit Transformasi Masyarakat India), Ramanan berjaya memanfaatkan dana RM100 juta yang diperuntukkan menerusi Belanjawan 2023 untuk pelbagai program pembangunan sosioekonomi bagi masyarakat India yang memberi manfaat kepada lebih 100,000 orang.

Ramanan juga berjaya memulihkan imej MITRA dalam tempoh lima bulan melalui kepimpinannya sehingga unit itu menerima penarafan risiko rendah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2023, sekali gus mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap badan tersebut.

Dengan pencapaian cemerlang ini, Ramanan terus dilihat sebagai pemimpin yang mampu memperjuangkan nasib komuniti India di Malaysia selari dengan agenda pembangunan ekonomi negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×