Offspring lancar lampin inovatif FeatherAIR untuk kulit bayi sensitif - Utusan Malaysia

Offspring lancar lampin inovatif FeatherAIR untuk kulit bayi sensitif

NG Ng Hock Guan (kanan) bersama Duta Jenama Offspring pertama, Zahirah MacWilson semasa majlis pelancaran Offspring FeatherAIR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Offspring Inc., sebahagian daripada Kumpulan SEDANIA, merupakan peneraju produk penjagaan bayi premium melancarkan Lampin FeatherAIR, tambahan terbaru dalam rangkaian lampin bayi yang selamat dan selesa tanpa bahan kimia.

Menurut kenyataan, lampin inovatif itu adalah hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) Offspring yang hanya setebal 1.5mm dengan kadar penyerapan sehingga 11 kali.

“Ia mempunyai teknologi teras 10 lapisan SapGuard dan 2XSap, menjamin kekeringan enam kali dengan perlindungan anti bocor tiga lapis dan pengaliran udara yang lebih baik.

“Ini menjadikan lampin Offspring FeatherAIR yang tersedia dalam bentuk seluar dan pita pelekat, sesuai untuk penggunaan siang dan malam.

“FeatherAIR juga hipoalergenik, bebas bahan kimia dan klorin, serta disahkan oleh pakar pediatrik dan dermatologi,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEDANIA, Ng Hock Guan berkata, satu dalam tiga bayi mempunyai kulit sensitif.

“Kulit bayi adalah rapuh dan kira-kira 30 peratus lebih nipis berbanding orang dewasa, menjadikannya lebih mudah untuk bahan-bahan diserap dan menembusi jauh ke dalam lapisan kulit.

“Jika penghalang kulit menjadi lemah, kulit boleh menjadi mudah teriritasi kerana imuniti yang lebih rendah.

“Lampin Offspring FeatherAIR yang baru ini menangani masalah itu dengan penyerapan terbaik dan kekeringan yang tiada tandingan, sambil menawarkan keselesaan yang optimum.

“Ia 100 peratus bebas klorin dan bahan kimia, memastikan keselamatan dan ketenangan minda bagi ibu bapa dan disahkan oleh pakar pediatrik dan dermatologi,” katanya.

Sementara itu, Offspring turut memperkenalkan Duta Jenama terbaharunya, Zahirah MacWilson.

“Sebagai seorang ibu, saya sentiasa mencari produk yang bukan sahaja berkesan tetapi juga selamat untuk kulit sensitif anak saya.

“Offspring FeatherAir telah melangkaui jangkaan saya dengan bahan semula jadi dan formulasi lembutnya.

“Saya berasa amat lega mengetahui bahawa saya memilih produk yang mesra kepada bayi saya dan juga alam sekitar.

Saya juga suka pembungkusan Offspring yang menarik dan mesra pengguna—jelas bahawa jenama ini benar-benar mengambil berat tentang ibu-ibu dan anak-anak mereka,” kata Zahirah.

Rangkaian lampin Offspring FeatherAIR akan tersedia di rangkaian runcit penjagaan diri dan bayi utama seperti AEON, Caring Pharmacy, BIG Pharmacy dan Happikiddo mulai September 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×