Keluarga anak OKU gembira menang kereta berhias

Keluarga anak OKU gembira menang kereta berhias

ROSLI Jalaluddin menunjukkan keretanya yang memenangi pertandingan kereta berhias di Kuala Kangsar. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Rosli Jalaluddin, 42, yang mempu­nyai tiga anak orang kelainan upaya (OKU) gembira apabila kere­tanya yang dihiasi dengan pelbagai bendera, memenangi pertandingan kereta berhias.

Pertandingan itu diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dalam kalangan rakan-rakannya yang gemar menghias kereta dan berkonvoi.

Dia yang sudah hampir sebulan menghiasi keretanya turut diberikan piala sebagai meraikan kemenangan tersebut.

Rosli berkata, memasang bendera Malaysia dan negeri-negeri di kereta menjadi antara keseronokan buat keluarganya.

“Saja saya pasangkan bendera untuk anak-anak berasa seronok. Supaya mereka tidak ketinggalan dalam kemeriahan ulang tahun hari kemerdekaan negara,” katanya yang ditemui di sini baru-baru ini.

Dia tinggal di Kampung Cheh, Kati di sini bersama isterinya Nor Ainon Omar, 47, serta tiga orang anak berusia 16, 13, dan 11 tahun.

Jelas Rosli yang berpendapatan tidak tetap, semua anaknya adalah OKU pelbagai kategori manakala isterinya OKU kategori pembelajaran.

Rosli berkata, dia juga memenuhkan keretanya dengan bendera Malaysia sebagai me­ngenang arwah ibu angkatnya yang merupakan bekas perajurit bertugas di sempadan negara di utara Perak berdekad lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×