Kerah tentera bukan penyelesaian isu di Gaza

Kerah tentera bukan penyelesaian isu di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock menegaskan pendekatan ketenteraan bukan penyelesaian siri peperangan Israel terhadap Hamas di Semenanjung Gaza. 

Ini kerana, katanya, kematian meningkatkan tekanan domestik terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk memeterai perjanjian dengan Hamas bagi gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tebusan, walaupun kedua-dua pihak saling menuding jari disebabkan rundingan yang terhenti minggu ini. 

“Hujung minggu lalu, secara dramatik menunjukkan pendekatan ketenteraan semata-mata bukanlah penyelesaian terhadap situasi di Gaza (merujuk situasi tebusan yang mati),” kataya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian selepas bertemu rakan sejawatannya dari Israel, Israel Katz, di bandar pantai Israel Tel Aviv.  

Baerbock menggesa ‘gencatan senjata’ dan mengutuk kenyataan pegawai Israel mengenai Tebing Barat dengan tentera Israel melancarkan serbuan di beberapa bandar yang menyebabkan 36 orang terbunuh. 

Beliau turut membidas kenyataan oleh Menteri Keselamatan berhaluan kanan Israel, Itamar Ben-Gvir yang meminta Netanyahu menjadikan kekalahan Hamas di Tebing Barat sebagai matlamat perang di Gaza.

“Apabila anggota kerajaan sendiri yang menyeru pendekatan yang sama di Tebing Barat seperti di Gaza, itu adalah sangat membahayakan keselamatan Israel,” kata Baerbock. -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×