Kes tembakan di AS berleluasa - Utusan Malaysia

Kes tembakan di AS berleluasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Insiden tembakan baharu yang berlaku di Sekolah Tinggi Apalachee, Georgia, adalah kejadian pembunuhan terbesar kali ke-29 yang direkodkan di Amerika Syarikat, tahun ini. 

Berdasarkan data yang direkodkan oleh agensi berita AP dan USA Today dengan kerjasama Northeastern University, sekurang-kurangnya berlaku  

127 kes kematian tahun ini yang ditakrifkan sebagai insiden melibatkan empat atau lebih individu mati dalam tempoh 24 jam.

Tahun lalu, sebanyak 217 kes kematian direkodkan daripada 42 kes pembunuhan besar-besaran di AS, menjadikan 2023 sebagai antara tahun paling berbahaya.

Berikut disenaraikan antara kes kematian melibatkan insiden tembakan dan bunuh sepanjang tahun ini di AS: 

FOREST PARK, ILLINOIS: 2 Sept. 

Empat individu yang tidur di dalam kereta api di Chicago maut ditembak pada pagi Hari Buruh. Mangsa ialah seorang wanita dan tiga lelaki. 

Pihak polis dipanggil ke stesen Pihak Berkuasa Transit Chicago. Sejurus itu, seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan. 

DALTON, GEORGIA: 24 Ogos 

Empat lelaki berusia antara 17 hingga 21 tahun ditembak mati di sebuah taman. Seorang remaja didakwa melakukan pembunuhan yang disifatkan sebagai jenayah rompkan bertukar menjadi insiden keganasan.

BANDAR LOJI, FLORIDA: 31 Julai 

Polis menyifatkan sebuah insiden kebakaran yang disengajakan sehingga meragut empat nyawa berhampiran Tampa. 

Seorang lelaki berusia 25 tahun yang tinggal di rumah itu didakwa melakukan pembunuhan sebelum melakukan pembakaran. Tiga anjing turut mati dalam kejadian itu.

NEW YORK: 19 Julai 

Seorang nenek, ibu dan dua anak berusia empat dan lima tahun maut ditikam di sebuah apartmen di Brooklyn. Polis memberkas lelaki berusia 24 tahun yang mengenali kesemua mangsa. 

BIRMINGHAM, ALABAMA: 13 Julai 

Seorang lelaki maut di kaki lima, manakala dua wanita terbunuh dalam sebuah kelab malam. Seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia di hospital. Penyiasat percaya beberapa das tembakan dilepaskan dari arah luar kelab itu. 

ALAMEDA, CALIFORNIA: 10 Julai 

Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai menembak isteri, dua anak dan ibu bapa isterinya di kawasan Teluk San Francisco. Bapa mentua suspek sempat pergi ke rumah jiran bagi mendapatkan bantuan dan bercakap dengan polis sebelum dia akhirnya maut.

FLORENCE, KENTUCKY: 6 Julai 

Majlis hari jadi bertukar maut pada waktu pagi apabila empat orang ditembak. Suspek lelaki berusia 21 tahun sempat melarikan diri sebelum terbabas di dalam parit selepas dikejar anggota polis. 

FORDYCE, ARKANSAS: 21 Jun 

Seorang lelaki berusia 44 tahun menembak rambang pengunjung di tempat letak kereta. Suspek kemudian melepaskan tembakan di dalam kedai runcit Mad Butcher sehingga mengorbankan empat nyawa. Tembakan berlaku pada waktu tengah hari di Fordyce, di selatan Little Rock. 

MARION, IOWA: 5 Jun 

Polis mengesahkan paip logam digunakan untuk membunuh empat orang di dalam bangunan di sebuah kawasan luar bandar berhampiran Cedar Rapids. 

TINLEY PARK, ILLINOIS: 21 Jan 

Seorang lelaki berusia 63 tahun di pinggir bandar Chicago menembak isteri dan tiga anak perempuannya. Suspek didakwa menembak empat ahlir keluarga berusia antara 53, 24 dan dua kembar berusia 25 tahun selepas berlaku pertengkaran. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×