Mohd. Hairul dilantik sebagai pemangku CEO FGV - Utusan Malaysia

Mohd. Hairul dilantik sebagai pemangku CEO FGV

MOHD. HAIRUL ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: FGV Holdings Bhd. melantik Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO), Datuk Mohd Hairul Abdul Hamid sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) mengantikan Datuk Mohd Nazrul Izam Mansor.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, Mohd Nazrul meninggalkan syarikat itu kerana kontraknya berakhir pada 1 September 2024.

Mohd Nazrul memegang jawatan tersebut pada 2021.

FGV berkata, Mohd Hairul yang berusia 54 mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kewangan dan dilantik sebagai GCFO pada 2 Januari 2019.

Beliau mempunyai tiga kelayakan profesional daripada Persatuan Akauntan Bertauliah di United Kingdom (UK), Institut Akauntan Malaysia dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia.

Sebelum menyertai FGV sebagai pada Januari 2019, beliau memegang jawatan CFO Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dari Mac 2012 hingga Disember 2018.

“Mohd Hairul memulakan kerjayanya di Sime Darby Bhd pada 1994 sebagai pelatih pengurusan dan mula menjadi akauntan kumpulan pada 1997.

“Beliau menyertai Consolidated Plantations Bhd., anak syarikat milik penuh Sime Darby, sebagai Pengurus Kewangan pada Oktober 2002 sebelum dilantik sebagai Pengawal Kewangan Perladangan pada Jun 2005,” ujarnya.

Tambahnya, beliau kembali ke Sime Darby pada Jun 2006 sebagai Pengurus Besar Kewangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×