TA Sector Research kekal positif terhadap Aeon Co

TA Sector Research kekal positif terhadap Aeon Co.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TA Sector Research kekal positif terhadap prospek Aeon Co. (M) Berhad bagi separuh kedua tahun kewangan  2024.

Firma penyelidikan berkata, ini disokong oleh pengoptimuman kos yang berkesan dan program ganjaran berterusan yang direka bentuk untuk merangsang pertumbuhan pendapatan.

Katanya, pada separuh kedua tahun kewangan 2024, Aeon akan menumpukan pada meningkatkan perbelanjaan pengguna dengan menawarkan rangkaian produk yang pelbagai dan tawaran promosi yang menarik.

“Untung teras Aeon pada separuh pertama tahun kewangan 2024 adalah sebanyak RM84.8 juta, berada dalam jangkaan kami pada 50 peratus tetapi melebihi anggaran konsensus pada 59 peratus.

“Untung teras separuh pertama meningkat 19.8 pertaus tahun ke tahun, manakala hasil meningkat sebanyak 2.3 peratus kepada RM2.2 bilion. Pendapatan yang lebih baik dalam tempoh itu didorong oleh perbelanjaan pelanggan yang lebih tinggi dan pengurusan kos yang berkesan.

“Oleh itu, margin untung sebelum cukai (PBT) meningkat sebanyak 1.2 mata peratus kepada 6.4 peratus tahun ke tahun,” katanya dalam nota penyelidikan.

Firma penyelidikan berkata, bagi suku kedua, hasil turun sedikit sebanyak 1.2 peratus tahun ke tahun kepada RM1.0 bilion, disebabkan masa musim perayaan (jualan awal Ramadan pada 2024).

Sementara itu, pendapatan teras merosot sebanyak 13.2 peratus tahun ke tahun kepada RM26.9 juta, disebabkan oleh garis atas yang lebih lemah.

“Secara berurutan, keuntungan bersih teras suku tahunan merosot sebanyak 53.5 peratus suku ke suku, manakala hasil menurun sebanyak 12.5 peratus suku ke suku.

“Keputusan suku ke suku yang lebih lemah sebahagian besarnya disebabkan oleh prestasi yang lebih kukuh dalam suku pertama,” ujarnya.

Tambahnya, firma mengekalkan harga sasaran (TP) pada RM1.68 sesaham, berdasarkan pendekatan penilaian Model Diskaun Dividen (DDM).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×