GISB tuntut permohonan maaf tiga individu

GISB tuntut permohonan maaf tiga individu

MOKHTAR Tajuddin (kiri) ketika sidang akhbar berkaitan penjelasan fitnah terhadap GISB Holdings di Rawang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISB) menuntut permohonan maaf daripada tiga penama yang disenaraikan menerusi notis tuntutan pada 23 dan 26 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran GISB, Mokhtar Tajuddin berkata, antara individu terbabit ialah Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Maza); Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Muhd. Adnan dan Ustaz Daud Lin Abdullah.

Katanya, mereka didakwa telah menimbulkan fitnah, tohmahan dan kebencian terhadap GISB menerusi media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dr. Maza ada menyentuh beberapa isu yang diucapkan antaranya gangsterisme iaitu isu yang dikaitkan dengan penularan klip video dalam media sosial adalah isu kekeluargaan dan melibatkan individu tertentu atas kapasiti peribadi yang tidak ada kaitan dengan GISB Holdings.

“Bahkan GISB Holdings sangat mempromosikan Islam adalah cara hidup yang penuh kasih dan sayang.

“Selain itu, berkaitan air janggut, air gigi, air rambut dan air kaki yang didakwa digunapakai dalam masakan di rangkaian restoran milik atau di bawah bimbingan GISB Holdings adalah satu dakwaan yang tidak berasas,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Pada masa sama, GISB juga telah membuat laporan polis terhadap tiga pihak yang turut melontarkan fitnah terhadap syarikat itu.

“Kami hari ini (semalam) ada membuat satu laporan polis terhadap tiga pihak yang didakwa berbaur fitnah iaitu Pusat Kajian Ajaran Sesat (Pukas), Scam No One dan Caprice menerusi platform media sosial.

“Mereka didakwa telah membuat pelbagai tohmahan terhadap kami yang mengancam keselamatan syarikat kami sehingga menyebabkan kebencian dan perbalahan dalam masyarakat.

“Selain itu tindakan mereka juga membuka ruang kepada pintu fitnah di media sosial menerusi ruangan komen,” katanya.

Katanya, sekiranya tiada respon selepas tujuh hari notis tuntutan diberikan, tindakan saman terhadap ketiga-tiga individu itu akan dilakukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN