SAR cari mangsa jerlus mungkin ada petunjuk positif ?

SAR cari mangsa jerlus mungkin ada petunjuk positif ?

LOKASI terakhir wanita warga India sebelum dilaporkan terjatuh kedalam tanah jelus di sekitar kawasan Masjid India Kuala Lumpur jumaat lalu. Gambar NURUL NAJWA HASRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Masjid India, di sini berkemungkinan mempunyai petunjuk.

Ini selepas, sebuah jentera jengkaut dibawa memasuki kawasan tanah jerlus pada pukul 2.45 petang tadi.

Jentera itu kemudian  melakukan kerja-kerja pengorekan tanah untuk membolehkan kawasan lubang menjadi lebih besar sekali gus mempermudahkan operasi pencarian.

Kira-kira 30 hingga 40 orang pegawai dari pasukan penyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengerumuni lubang tanah jerlus itu.

Namun sehingga kini tiada sebarang maklumat rasmi diperoleh daripada  pihak berkuasa di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut hadir ke lokasi kejadian pada pukul 3.45 petang tadi.

Beliau dilihat menyantuni keluarga mangsa yang ditempatkan di khemah berhampiran lokasi kejadian.

Turut hadir,  Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×