Anggota polis mengaku salah terima suapan RM3,000 - Utusan Malaysia

Anggota polis mengaku salah terima suapan RM3,000

Polis rasuah
S. Kabilann dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan sebanyak RM3,000, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang anggota polis dituduh di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,000 daripada seorang lelaki bagi melepaskan pekerja asing yang ditangkap pada dua tahun lalu.

Tertuduh S. Kabilann mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Datuk Anita harun.

Berdasarkan pertuduhan, Kabilann ketika melakukan perbuatan itu merupakan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima wang tunai sebanyak RM3,000 daripada seorang lelaki berumur 47 tahun dengan wang terus masuk ke dalam akaun banknya.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bank di cawangan Kapar, Klang pada 13 Disember 2022. Justeru, dia dituduh di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali..

Mengikut fakta kes, ketika kejadian dia bertugas di cawangan lokap berpusat IPD Shah Alam dikatakan menakutkan seorang lelaki yang bertindak sebagai penjamin kepada seorang warga Nepal yang ditahan atas kesalahan melakukan pergaduhan bersenjata.

Kabilann kemudiannya menghubungi lelaki itu dan meminta suapan berjumlah RM3,000 sebagai syarat untuk melepaskan warga Nepal berkenaan.

Dalam pada itu, Kabilann yang tidak diwakili peguam merayu agar diberikan hukuman paling ringan disebabkan tidak mempunyai pekerjaan selepas dibuang kerja, dua tahun lalu.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin memohon hukuman berat ke atas tertuduh kerana pengakuan bersalah tertuduh adalah pertuduhan pilihan.

“Mohon mahkamah melihat status tertuduh semasa kejadian adalah penjawat awam yang menyalahgunakan amanah yang diberikan kepadanya. Jadi hukuman yang diberi adalah sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM6,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×