Klinik STL bantu pembangunan akar umbi sepak takraw

Klinik STL bantu pembangunan akar umbi sepak takraw

KIRA-kira 200 peserta mengambil bahagian dalam Klinik Sepak Takraw League (STL) 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sepak Takraw League (STL) 2024 mewujudkan satu klinik buat julung kalinya sebagai langkah mewujudkan pemain sepak takraw dari peringkat akar umbi.

Klinik STL 2024 ini adalah cetusan program yang dianjurkan daripada Kejohanan STL, inisiatif bersama Astro dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang kini memasuki satu dekad penganjurannya
pada musim ini.

Ketua bahagian sukan Astro, Nicholas John berkata, seramai 200 pelajar menyertai klinik terbabit yang bakal diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) 1 sebagai penganjur.

““Selepas pertama kali mengadakan Klinik STL dan mendapat sambutan hangat oleh pelajar-pelajar sekolah pada tahun lalu, kami mengambil peluang untuk menggandakan lagi kemeriahannya pada tahun ini.

“Kami amat berbesar hati dengan sokongan dana yang
diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memainkan peranan selaku pendokong penting dalam memacu melestarikan pembangunan akar umbi khususnya sukan sepak takraw,” katanya.

Klinik seterusnya bakal diadakan di lima buah lokasi iaitu sekolah terpilih di Selangor, Terengganu dan Perak dengan penyertaan terbuka di dua lokasi iaitu Pulau Pinang dan Johor bagi kanak-kanak yang berminat.

STL 2024 kini sedang berlangsung dan dijadualkan berakhir pada 16 November ini dan akan menjelajah ke beberapa buah negari iaitu Melaka, Selangor, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×