Lelaki ekori pemandu wanita cari isteri, disyaki positif dadah  Lelaki cari bini positif dadah 

Lelaki ekori pemandu wanita cari isteri, disyaki positif dadah 

SEORANG lelaki warga asing bertindak menahan dan memeriksa kereta dipandu wanita bagi mencari isterinya, ditahan polis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang berkelakuan mencurigakan dengan mengekori dan mengganggu pemandu wanita, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di kawasan Stulang Baru di sini, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki itu mengekori pemandu wanita terbabit kerana mahu bertanya dan mencari isterinya yang telah meninggalkan rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita telah menerima satu rakaman video yang tular itu kira-kira 2 petang kelmarin, yang mana seorang wanita tempatan berusia 28 tahun mendakwa diekori kereta dipandu seorang lelaki di Kampung Melayu Majidee, di sini.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira pukul 1 petang semalam, Unit Ronda Selatan (URS) Balai Polis Majidee berjaya mengesan dan menahan suspek di kawasan Stulang Baru di sini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, tular video seorang lelaki warga asing yang memandu Proton Wira berwarna merah dikatakan mengekori pemandu wanita dan memaksa mangsa membuka tingkap atau pintu kereta.

Menurut Raub, soal siasat awal mendapati suspek menahan kereta secara rambang untuk melihat sama ada isterinya berada dalam kereta itu atau tidak. 

Katanya, hasil semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau. Bagaimanapun, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.

“Kita menerima dua laporan polis ke atas suspek berdepan kejadian itu. Semakan lanjut ke atas dokumen pengenalan diri mendapati suspek telah tinggal lebih masa di Malaysia. 

“Oleh itu, suspek kini ditahan reman selama 14 hari bermula hari ini sehingga 5 September untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya.

Katanya, kes juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada masa sama, Raub menyeru kerjasama  orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi terus di talian Hotline 07-2182323. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini