PAU 2024: 72 usul tuntut pengampunan Najib 72 usul tuntut pengampunan Najib

PAU 2024: 72 usul tuntut pengampunan Najib

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 72 daripada 131 usul yang dikemukakan perwakilan UMNO di seluruh bahagian menuntut bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman penjara diberikan pengampunan.

Perkara itu disampaikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ketika membentangkan laporan Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024), hari ini.

“Selagi Bossku (Najib) terperangkap, suara dan ikhtiar UMNO tidak akan pernah berhenti, malah berilah kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpinan tertinggi. Justeru, saya memohon semua terus berjuang dan doa ini senjata kita. Semoga Allah lembutkan hati, membuka jalan terhadap pembebasan Datuk Seri Najib berlaku akhirnya, mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.  

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hakikatnya, kuasa bukan di tangan kita tetapi iman, kita tetap meyakini Allah pemilik hati semua manusia,” katanya di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Asyraf turut memaklumkan jumlah terkini ahli UMNO adalah sebanyak 3,447,445 orang dengan  pertambahan 46,055 ahli baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini