Bila penumpang tertinggal telefon ... - Utusan Malaysia

Bila penumpang tertinggal telefon …

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INI kisah yang berlaku hujung Januari 2020. Waktu ini, pandemik Covid-19 belum berleluasa di seluruh dunia lagi.
Waktu ini ramai penuntut luar negara mendaftar masuk belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Secara kebetulan, saya mendapat dua penumpang ‘mat salih’ lelaki dari Pusat Kesihatan UPM yang mahu ke pejabat pentadbiran. Tambang pun rendah saja, RM6.
Sebaik sahaja saya menurunkan mereka di sana, saya mendapat Ping dari UPM yang mahu ke Brickfields.
Kali ni saya membawa tiga pelajar Perancis. Dari UPM ke Brickfields mengambil masa 30 minit juga dengan kadar tambang sekitar RM20. Jalan pun tidaklah sesak sangat kecuali ketika memasuki Brickfields.
Sambil memandu, saya bersembang dengan ketiga-tiganya yang berhajat menikmati makanan India di sana.
Selepas lima minit perjalanan, telefon bimbit Grab saya menerima panggilan daripada nombor yang tak dikenali. Mula-mula sekali, kemudiannya berkali-kali.
Waktu itu saya berasa pelik. Telefon bimbit yang saya gunakan khas untuk Grab memang tidak diketahui sesiapa. Panggilan masuk tak berhenti-henti, selang dua minit berbunyi.
Dalam hati saya berbisik, boy friend mana yang call ini?
Saya biarkan telefon berdering kerana sedang menggunakan Waze. Nak jawab serba salah rasanya sebab ada penumpang. Silap gaya, dapat komen buruk pula nanti.
Selepas drop off tiga mat salih tadi, saya cuba menelefon nombor yang tertera tapi tidak dijawab.
Kemudian, saya menerima notifikasi daripada Grab. Rupanya, penumpang sebelum ini tertinggal telefon bimbit di dalam kereta saya.
Terpaksalah saya menghentikan kereta dan mencari di kerusi belakang. Aduh, tak jumpa pula.
Terdetik di dalam hati, entah-entah mat salih tadi dah kebas! Hati saya sudah bersangka buruk.
Saya beritahu, Grab yang saya tak jumpa telefon tersebut. Lepas itu, si pemuda mat salih menelefon dan meminta saya mencari di celah kerusi.
Tu dia…terselit tepi kerusi rupanya. Haihhhh…tak baik betul berprasangka buruk tadi. Menyesal pula rasanya.
Terpaksalah buat janji dengan mat salih tersebut untuk memulanglan telefonnya di UPM. Maknanya, dari Brickfields terus ke UPM semula.
Sampai sana, saya serahkan balik telefonnya dan si pemuda memberi tips RM6. Nak kata apa, reda sajalah walhal kos patah balik itu boleh tahan tambangnya.
Mujur si mat salih tiu elok rupa paras. Kalau ‘ala kadar’, saya hantar pagi esok sajalah. Siapa suruh cuai! – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×