Remaja Sri Lanka menipu mohon pasport

Remaja Sri Lanka menipu mohon pasport

SEORANG remaja warga Sri Lanka (kanan) ditahan bersama seorang wanita tempatan ketika cuba memohon untuk mendapatkan pasport Malaysia di pejabat Imigresen UTC Komtar, George Town, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Dua individu ditahan selepas cuba melakukan penipuan ketika memohon Pasport Malaysia Antarabangsa di Pejabat Imigresen UTC di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata, tangkapan itu membabitkan seorang remaja lelaki warga Sri Lanka dan seorang wanita tempatan.

Katanya, remaja warga asing itu hadir ke pejabat untuk membuat permohonan pasport dan mengemukakan dokumen pengenalan diri sebagai seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun dengan ditemani seorang wanita tempatan yang mengaku sebagai ibu kepada suspek.

“Penyelia bertugas menyedari fizikal suspek tidak sepadan dengan usia selain tidak memahami sebarang soalan yang diajukan terhadapnya.

“Suspek tidak boleh berbahasa Melayu manakala pertuturan suspek bukan dalam dialek Tamil orang India di Malaysia,” katanya.

Proses siasatan membawa kepada pengakuan wanita terbabit bukanlah ibu suspek dan dia menerima sejumlah wang sebagai ganjaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×