Ahli Parlimen Thailand tampar wartawan disiasat

Ahli Parlimen Thailand tampar wartawan disiasat

PRAWIT WONGSUWON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang ahli politik veteran berdepan siasatan oleh Parlimen selepas tindakannya menampar seorang wartawan wanita tersebar dalam satu rakaman video di Internet.

Akhbar Bangkok Post melaporkan, dalam video itu, Prawit Wongsuwon, 79, dilihat menampar kepala dan muka wartawan itu yang bertanyakan soalan ketika beliau dikerumuni pemberita Jumaat lalu, selepas pemilihan Perdana Menteri baharu, Paetongtarn Shinawatra.

Tindakan itu turut mengundang kecaman Persatuan Wartawan Penyiaran Thailand dan Majlis Penyiaran Berita Thailand yang menyifatkannya bertentangan dengan kelakukan seorang Ahli Parlimen.

Persatuan tersebut menyifatkan, tindakan kasar Prawit dalam video itu adalah untuk menakut-nakutkan mangsa dan bukan satu gurauan seperti yang didakwa penyokongnya.

Prawit, seorang jeneral bersara yang juga pemimpin Parti Palang Pracharat, pernah berkhidmat dalam kerajaan junta serta memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri selama sembilan tahun selepas rampasan kuasa pada 2014.

Sementara itu, jurucakap Parti Palang Pracharat, Piya Tavichai berkata, Prawit mengenali wartawan tersebut dan telah meminta maaf kepadanya.

“Itu adalah cara beliau bergurau dengan orang yang dikenalinya. Sebagai bekas anggota tentera, gurauan oleh beliau mungkin nampak kasar.

“Namun orang yang mengenalinya tahu, beliau memang begitu,” kata Piya.

Majikan wartawan itu, Thai PBS, turut meminta Ahli Parlimen tersebut bertanggungjawab atas perbuatannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×