Manusia tertua dunia meninggal dunia

Manusia tertua dunia meninggal dunia

MARIA Branyas mennyambut hari jadi ke-117.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANYOL: Maria Branyas, individu tertua di dunia yang pernah menyaksikan era sebelum dan selepas perang dunia meninggal dunia pada Isnin pada usia 117 tahun.

Jurucakap rumah jagaan memaklumkan, wanita itu meninggal dunia dalam tidur.

The Guiness World Records telah mengisytiharkan beliau sebagai manusia tertua pada Januari lalu.

Dilahirkan pada 4 Mac 1907, di San Francisco, Amerika Syarikat (AS), Branyas berpindah ke Sepanyol pada 1915.

Kehidupan Branyas menjangkau banyak peristiwa bersejarah, termasuk kelangsungan hidupnya daripada pandemik COVID-19.

Pada usia 113 tahun, dia dijangkiti dan pulih daripada virus itu pada April 2020, menjadi mangsa tertua yang terselamat daripada penyakit itu.

Sebelum pengiktirafan globalnya, Branyas diiktiraf sebagai individu tertua Sepanyol yang masih hidup sejak 22 Disember 2019.

Kumpulan Penyelidikan Gerontologi dan Rekod Dunia Guinness dijangka mengumumkan pemegang baharu gelaran “individu tertua di dunia” dalam masa terdekat.-AGENSI

HABIS

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×