Danish, Afrina raja dan ratu pecut Sukma 2024

Danish, Afrina raja dan ratu pecut Sukma 2024

4 - Atlet Johor, Danish Iftikhar Muhammad Roslee (kiri) berjaya memenangi acara akhir 100 meter lelaki dengan catatan masa 10.53 saat menewaskan pencabar dari Selangor, Danish Irfan Tamrin yang memenangi tempat kedua dengan tambahan masa 0.07 saat dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 2024 di Stadium Sarawak, Petra Jaya di sini, hari ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Pelari Johor, Danish Iftikhar Muhammad Roslee muncul manusia terpantas Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak selepas muncul juara acara 100 meter (m) di Stadium Sarawak, sebentar tadi

Perlumbaan berlangsung sengit namun Danish berjaya melengkapkan momentum larian dengan lebih sempurna untuk menamatkan larian dengan catatan 10.53 saat.

Pingat perak dimenangi oleh Danish Irfan Tamrin dari Selangor manakala wakil Muhammad Efrain Feerzan Qhan Mohd Yazid ketiga (10.66s)

Atlet Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal (tengah) berjaya memenangi acara akhir 100 meter wanita dengan catatan masa 11.64 saat dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 2024 di Stadium Sarawak, Petra Jaya di sini, hari ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL

Dalam saingan wanita, pelari Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal menepati ramalan apabila muncul juara 100m wanita selepas merekodkan catatan 11.64s.

Catatan itu turut memperbaharui rekod Sukma yang dipegang Azreen Nabila Alias dari Terengganu yang mencatat 11.81 ketika edisi 2016 di Perak.

Pingat perak acara itu dimenangi pelari Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira yang mencatat 11.90s manakala gangsa diraih wakil Sarawak. Ormilla Octavia Codday Nyadau dengan catatan 12.19s.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×