Suspek bunuh tiga sekeluarga, bakar rumah di Pagoh dituduh hari ini

Suspek bunuh tiga sekeluarga, bakar rumah di Pagoh dituduh hari ini

SUSPEK yang direman tujuh hari bermula Rabu lalu disyaki membunuh tiga keluarganya dituduh di Mahkamah Majistret Muar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Suspek utama yang dipercayai membunuh ibu dan bapa serta anak saudaranya sebelum membakar kediaman yang didiami mereka di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini, 10 Ogos lalu akan dituduh hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan suspek berusia 48 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Muar kira-kira pukul 9 pagi.

Difahamkan, lelaki yang masih bujang itu berdepan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khia­nat dengan api dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecede­raan parah dengan menggunakan senjata.

Terdahulu, suspek direman selama tujuh hari selepas di­tahan Rabu lalu selepas lima hari melarikan diri ketika me­rayau-rayau di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Suspek dikatakan bertindak melarikan diri dengan meninggalkan motosikal yang ditungganginya di Hentian Bas Benta­yan di sini sebelum menaiki bas ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan.

Utusan Malaysia sebelum ini me­laporkan lelaki itu menjadi buruan polis selepas disyaki membunuh ibu bapanya, Ara Abdul Hamid, 76, dan Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, serta anak saudaranya, Noradriana Nor Hasyim, 11, sebelum bertindak membakar rumah pusaka didiami mereka.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi, Jumaat lalu, dua warga emas ditemui rentung 80 peratus di dalam sebuah bilik selepas rumah didiami lima sekeluarga hangus terbakar dijilat api.

Manakala, Noradriana di­sahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini selepas me­ngalami kecederaan parah pada kepala akibat hentakan objek tumpul.

Kejadian itu turut menyebabkan, Norazima Mohd Radhi, 14, patah tangan dan cedera di kepala disyaki dipukul bapa saudaranya dikenali sebagai Azman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×