Taktik umum calon awal, tiada manifesto cerahkan peluang BN - Utusan Malaysia

Taktik umum calon awal, tiada manifesto cerahkan peluang BN

AHMAD Jazlan Yaakub
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Taktik Barisan Nasional (BN) memperkenalkan calon lebih awal untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri memberi kelebihan kepada parti itu untuk menang pada pilihan raya kali ini.

Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pada masa sama keputusan BN tidak menetapkan sebarang manifesto khusus turut membuahkan hasil.

“Banyak faktor kemenangan salah satunya kita memilih calon yang tepat. Strategi mengumumkan calon lebih awal memberi ruangan dan kelebihan kepada kami untuk bekerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“BN tiada manifesto khusus dalam PRK kali ini. Manifesto Awie (Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani) hanya mahu berkhidmat kepada rakyat sekiranya diberi sokongan,” katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman kemenangan Mohd. Azmawi pada PRK DUN Nenggiri di Dewan Kompleks Majlis Daerah Gua Musang, di sini hari ini.

Pada PRK Nenggiri, calon Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menan dengan majoriti 3,352 undi sekali gus menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd. Rizwadi Ismail.

Awie memperoleh undian 9,091 undi manakala Mohd. Rizwadi 5,739 undi dengan undi ditolak sebanyak 135.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN