Kes polio pertama di Gaza selepas 25 tahun

Kes polio pertama di Gaza selepas 25 tahun

PEKERJA UNRWA memberikan vaksin Polio dan vaksin virus Rota untuk kanak-kanak di sebuah klinik di kem pelarian Bureij di tengah Gaza, pada 9 September 2020.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Gaza merekodkan kes polio pertamanya dalam tempoh 25 tahun, selepas kanak-kanak berusia 10 bulan disahkan dijangkiti penyakit itu.

Perkembangan berlaku selepas Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa supaya perang Israel dihentikan untuk membenarkan pemberian vaksin kepada lebih 640,000 kanak-kanak di Gaza.

Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah berkata, ujian di Jordan mengesahkan penyakit itu pada kanak-kanak berusia 10 bulan yang tidak divaksin dari tengah Gaza.

“Doktor mengesyaki kehadiran simptom yang konsisten dengan polio.

“Jangkitan itu disahkan selepas menjalankan ujian yang diperlukan di ibu negara Jordan,” kata kementerian.

Menurut PBB, Gaza yang kini dalam perang 11 bulan, tidak mencatatkan kes polio selama 25 tahun walaupun virus jenis 2 dikesan pada sampel yang dikumpulkan dari air sisa wilayah itu, Jun lalu.

Poliovirus, paling kerap merebak melalui kumbahan dan air yang tercemar, boleh menyebabkan kecacatan serta lumpuh sehingga berisiko maut, terutama untuk kanak-kanak bawah lima tahun.

Agensi kesihatan dan kanak-kanak PBB berkata, pihaknya merangka rancangan terperinci untuk melaksanakan pemberian imunisasi di wilayah perang itu.

Bagaimanapun, pelaksanaan itu perlu diselaraskan dengan jeda perang 10 bulan antara Israel dengan kumpulan pejuang Hamas.

“Mencegah dan membendung penyebaran polio memerlukan usaha besar-besaran, serta diselaraskan segera.

“Saya merayu kepada semua pihak untuk memberikan jaminan konkrit dan segera menjamin jeda kemanusiaan untuk kempen itu,” katanya.

PBB dan Tabung Kanak-Kanak (UNICEF) merancang memberikan dua dos vaksin selama tujuh hari di Gaza, bermula pada akhir Ogos, terhadap virus polio jenis 2 (cVDPV2).- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×